Wednesday, 26 February 2014

Peluang pekerjaan jaminan keselamatan sosial OKU

KOTA KINABALU: Pekerjaan merupakan satu-satunya jaminan keselamatan sosial orang kurang upaya (OKU) kerana mereka tidak boleh bergantungselama-lamanya kepada bantuan kerajaan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk SeriRichard Riot Jaem.
Justeru katanya, kerajaan amat menggalakkan majikan memberi peluang kepada OKU untuk bekerja mengikut kemampuan dan kemahiran masing-masing.
Kerajaan sendiri tidak pernah mengabaikan OKU malah sentiasa berusaha membela mereka termasuk memberi pelbagai latihan bagi membolehkan merekaberdikari, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Seminar ‘Trade Union Training on Leadership and Raconteur’ (Tutelar) 2013 yang dihadiri oleh lebih 200 pemimpin daripada 40kesatuan sekerja di Sabah.
Mengulas lanjut, Riot berkata usaha Malaysia membela OKU terutama menerusi program ‘Return To Work’ (RTW) mendapat pujian komuniti antarabangsa di SeminarAntarabangsa Jaminan Keselamatan Sosial di Doha, Qatar baru-baru ini keranaMalaysia melaksanakan sesuatu yang tidak dibuat oleh negara lain.
Melalui RTW, pekerja normal yang bergelar OKU selepas kemalangan diberi pemulihan dan dibantu mendapat pekerjaan yang bersesuaian, katanya. — Bernama

No comments:

Post a Comment