Friday, 28 October 2011

Apa itu Flairtending.....

Flairtending adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh bartender untuk menghiburkan tetamu dan penonton dengan menggunakan pelbagai alatan-alatan di bar seperti cocktail shaker.


Daniele Oribe King Of Flaire 2010


...sangat menarik dan mungkin para pelajar boleh belajar kebolehan ini. Mungkin bukan dengan air beralkohol tapi dengan air tanpa alkohol pun boleh. Kalau diberi peluang saya nak tubuhkan persatuan FLAIR di jabatan kite....mana tahu satu hari nanti kiter boleh bukak BAR yang menyajikan minuman tanpa alkohol pulakkkk

Sunday, 23 October 2011

Marco Simoncelli.....pelumba moto GP terkorban di SEPANG


Pelajar boleh lihat pelumba moto nombor 58 yang terkorban minggu lalu 23/10/11 di Sepang International Circuit. Beliau merupakan pelumba yang berumur 24tahun dan dipercayai bakal menjadi pelumba hebat seperti Valentino Rossi.


Inilah yang berlaku sebenarnya, bermula dengan Marco dihadapan yang gagal mengawal jentera beliau, lalu dua pelumba lain turut sama terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu Valentino Rossi & Edward.......


Inilah pelumba yang terkorban di litar SIC, minggu lalu......berbangsa Itali dan kehilangan beliau amat dikesali kerana bakat beliau yang sedang menyinar padam tiba-tiba kerana satu yang tidak dijangka.....




Satu hal lagi yang menjadi tanda tanya ialah penonton telah berang kerana perlumbaan terpaksa dihentikan secara tiba-tiba di pusingan yang ketiga....mungkin mereka terlalu MARAH dengan perlumbaan yang dihentikan, namun SIKAP ini tidak menghalalkan cara.....walau apapun keadaannya ini telah memberi impak negatif kepada negara kita, KAWALAN EMOSI dan SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF harus diamalkan oleh para pelajar....JANGAN cepat melentingkan....siapa yang tengok gambar nihh mesti ingat penonton di MALAYSIA bad attitude kan.....itu saja dari RON arinihhh,berhati-hati dalam kehidupan harian k.....bismillah

Saturday, 22 October 2011

Apakah PARALIMPIK??????

Sukan Paralimpik merupakan temasya sukan tertinggi bagi sukan OKU seperti juga sukan bagi atlet normal. Sukan Paralimpik akan diadakan pada 29 Ogos hingga 9 September 2012 iaitu 2 minggu selepas berakhirnya Sukan Olimpik. Penganjuran Sukan Paralimpik adalah syarat wajib bagi negara-negara yang ingin membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.

Sebanyak 21 jenis sukan yang dikategorikan sebagai sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik. Kontinjen Negara pernah meraih 1 gangsa diraih oleh P.Mariapan pada tahun 1988 di Seoul. Pada tahun 1992 di Barcelona 1 perak dimenangi oleh Cheok Kon Fatt (Powerkifting) dan 2 gangsa dimenangi oleh P.Mariappan (Powerlifting) dan Mohd Khasseri Othman (Olahraga). Penantian selama 16 tahun berakhir dengan kejayaan Siow Lee Chan meraih 1 gangsa di Beijing pada tahun 2008 dari sukan Powerlifting. Antara sukan yang pernah melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Beijing 2008 ialah olahraga, powerlifting, renang, memanah dan pelayaran.

Bagi mencapai kejayaan yang lebih gemilang di Sukan Paralimpik London, Cawangan Paralimpik akan melancarkan Program Gemilang Paralimpik 2012. Program yang pertama seumpanya bagi sukan OKU di Malaysia adalah bertujuan untuk merancang dan melaksanakan program latihan yang lebih tersusun dan bersistematik dengan mengambil kira pendekatan ilmu sains sukan agar mendapat hasil yang lebih membanggakan.

Beberapa jenis sukan akan diberikan tumpuan kerana berpotensi untuk melayakkan diri dan memenangi pingat di Sukan Paralimpik London 2012. Antara sukan yang diberikan penekanan adalah olahraga, renang, memanah, powerlifting, pelayaran dan pin pong.




salam dari RON buat kali nihhhh........lama tak balik umah, budak2 KHK2 jangan lupa baca buku kkkk

Sunday, 16 October 2011

BANGUNAN PALING TINGGI DI DUNIA BURJ KHALIFA

bangunan paling tinggi di dunia  setinggi 828 m (2,717 ft). Pembinaan bermula pada September 2004,dan secara rasmi bangunan telah dibuka pada  4 January 2010. Lokasi terletak di Dubai , United Arab Emirates dan terdapat sebuah hotel berada dalam bangunan tersebut sebanyak 304 buah bilik.....kalau ada rezeki tanam impian pelajar untuk kerja di HOTEL ARMANI nihhh.....harga bilik tuh dia

Special Nightly Rates

Accomodation 09May11-31May11 01Jun11-31Aug11
Deluxe One Bedroom Suite $1,500 $1,560
Panoramic Suite $1,990 $1,840
Two Bedroom Suite $3,220 $2,900


untuk lihat sila klik disini

Friday, 14 October 2011

JOM TENGOK FILEM

Salah satu cerita mengisahkan seorang INSAN ISTIMEWA yang berjuang dalam kerjaya beliau walaupun mempunyai kelemahan. Namun dia tidak menganggap itu sebagai KELEMAHAN tapi sebagai PELUANG untuk terus menjadi PENINJU terbaik.....salam perjuangan dari RON , tontonlah prebiu filem ini......

SIAPA NAK KERJA????

Banyak kerja yang sesuai mungkin untuk rakan-rakan pelajar yang tidak dapat peluang untuk belajar, minta rujuk alamat di bawah.....Salam Perjuangan dari RON
http://www.mfd.org.my/public/show_news.asp?l=EN&q=105

PENGAMBILAN PARA PELAJAR KHAS SESI DIS 2011

Makluman kepada para pelajar khas yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke politeknik sila rujuk alamat berikut untuk sesi pengajian DIS 2011.....kepada pelajar KHK tolong maklumkan kepada rakan-rakan yang berminat o.k....klik disini http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

Monday, 10 October 2011

Bajet 2012 untuk kita semua

Beberapa hari yang lalu penuh didada akhbar menceritakan isu BAJET 2012.Pelbagai tomahan dan pujian telah diperkatakan oleh masyarakat sekeliling. Untuk tidak ketinggalan pelajar KHK khususnya harus mengambil sedikit masa untuk melihat kesan BAJET 2012 kepada anda semua. bak kata pepatah REZEKI JANGAN DITOLAK MUSUH JANGAN DICARI.....salam dari RON jumpa lagi, klik sini untuk BAJET 2012