
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitu lah kehidupan yang dilalui oleh golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga ahli keluarga mereka. Diharapkan pihak swasta dan kerajaan boleh lebihkan peluang kerjaya dan latihan kepada golongan OKU supaya mereka boleh hidup berdikari tanpa membebani ahli keluarga mereka.

Setelah melawati Karnival Kerjaya OKU pada 2hb April di hypemarket Mydin Subang Jaya; saya lebih prihatin dan memahami golongan OKU. Sebenarnya mereka adalah insan yang tabah dalam mengharungi segala cabaran hidup, rajin, setia dan jujur. Sekiranya diberi peluang mereka ingin berkerja dan hidup berdikari. Jadi setiap manusia dan insan harus dihormati dan dilayan secara adil.
Mydin
dengan kerjasama JKM-JICA telah melancarkan Karnival Kerjaya khas buat golangan
OKU di semua cawangan Mydin. Ini adalah peluang kerjaya kepada OKU untuk
bekerja mengikut keupayaan mereka. MYDIN juga mengiktiraf golongan OKU yang
telah memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan dan kemajuan ekonomi
Negara.

MYDIN Prihatin dengan harapan agar dapat membuka mata masyarakat bahawa OKU sebenarnya adalah golongan yang setia, tekun, jujur, berdedikasi dan produktif. Dorongan kepada majikan–majikan yang lain untuk menggaji golongan OKU bekerja di dalam organisasi mereka.
MYDIN
telah menyediakan kemudahan–kemudahan seperti tempat letak kereta, kemudahan
ruang laluan dan tandas untuk OKU di sesetengah cawangan dan pejabat. Malahan,
Mydin berinisiatif untuk mempertingkatkan dan menambahbaikan lagi
kemudahan-kemudahan untuk OKU ini di semua cawangan MYDIN di seluruh negeri
untuk manfaat mereka.
Setakat ini MYDIN telah
mengambil dan melatih seramai 85 orang staf dari kalangan OKU. Ini termasuklah
19 staf (masalah pembelajaran) 43 (pekak & bisu) & 23 (cacat anggota)
yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang kini bertugas di beberapa cawangan
Mydin di seluruh Malaysia termasuk di Sabah & Sarawak. Mydin mensasarkan 2
ke 3 OKU ditempatkan di setiap cawangan MYDIN seluruh Malaysia.
Sepanjang tempoh pengambilan
staf OKU ini di Mydin, mereka akan diberikan perhatian yang khusus dalam
memastikan tugas yang diberikan bersesuaian dan tidak membebankan merekan dan
rakan setugas yang lainnya. Malahan, tiada perbezaan tangga gaji, pemberian
manfaat syarikat kepada staf dan kemudahan–kemudahan diantara staf normal dan
OKU. Keadaan ini mewujudkan agar semua staf Mydin terutamnya golongan OKU ini
berasa selesa bekerja dalam satu keluarga besar di MYDIN.
No comments:
Post a Comment