Wednesday, 28 December 2011
MAKANAN KEGEMARAN KITER BERSAMA
makanan kegemaran kiter semua yang selalu dimakan tak mengira usia dari kita kecil hingga dewasa. Tak pasti berapa banyak dah kita makan MAGGI, diharap pelajar dapat mengurangkan pengambilan MAGGI dalam kehidupan seharian....boleh bayangkan dah banyak mana kite makan MAGGI dari sekolah sampai kita kerja...
Tuesday, 20 December 2011
Pelajar Pekak Politeknik dituntut membaiki diri
Oleh Amir Hamidi
25 November 2011
25 November 2011
"Mereka tahu akan cara-cara untuk menarik perhatian seseorang yang disukai ataupun diminati. Mereka juga mengetahui jalan untuk mendapatkan telefon bimbit. Akhirnya mereka telah berjaya melakukan kedua-dua perkara tersebut. Namun demikian, mereka tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka mempunyai motivasi diri yang telah mendorong mereka berbuat sedemikian. Mereka tersilap mengertikan motivasi sebagai perkongsian ilmu dan hanya terdapat dalam program aktiviti".Penulis membuat rumusan yang sedemikian sebaik sahaja menyelesaikan pengendalian salah satu sesi ceramah di Agrotek Garden Resort, Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor pada pagi tadi.
Ceramah itu merupakan sebahagian daripada program Team Building for Gifted Young Leaders Politeknik Malaysia yang dianjurkan oleh Politeknik Johor Bahru.
Ketibaan penulis yang diiringi oleh pemandu jabatan, Hairul Hazlim disambut oleh Halimah Tusa'diah binti Paimon, pensyarah pendidikan khas dan seterusnya dibawa bertemu dengan 67 orang pelajar Pekak yang mewakili kelima-lima politeknik dari Perak, Selangor, Johor, Perlis dan Sabah.
Menurut Halimah, kekurangan motivasi diri merupakan cabaran utama yang perlu ditangani memandangkan mereka merupakan pelajar institut pengajian tinggi yang dihendaki berdaya saing dan tidak lagi merupakan pelajar sekolah.
Penulis dijemput menyampaikan ceramah yang berkisar pada kefahaman mengenai motivasi diri, tanggungjawab penuntut Pekak dan strategi-strategi menetapkan matlamat dalam jangka masa panjang dan pendek.
Untuk mengukuhkan persembahan ceramah dan mengurangkan kejemuan para peserta, penulis memilih kedua-dua klip video yang mengisahkan kejayaan bangsa Pekak di negara ini dan luar negara terutamanya yang tidak berpendidikan tinggi.
Mereka benar-benar tertarik oleh kisah-kisah berbahasa isyarat yang ditayangkan dan menyatakan hasrat dan keazaman untuk melakukan perubahan terhadap minda dan diri mereka.
Melalui interaksi dan sesi soal jawab bersama mereka sepanjang ceramah itu, penulis berpendapat bahawa mereka perlu melakukan pembaikan dan penambahbaikan diri seperti yang diterangkan di bawah supaya mereka dapat menumpukan tenaga dengan betul untuk mengejar kejayaan.
- Mereka hendaklah menyedari bahawa semangat, kemahiran, ilmu pengetahuan dan disiplin merupakan faktor utama yang menentukan keberkesanan usaha ke arah kejayaan. Mereka perlu memotivasikan diri sendiri tanpa paksaan dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh ilmu dan kemahiran, misalnya mengetahui teknik-teknik yang diajarkan dan mengingati pelbagai istilah dalam bidang teknikal di politeknik.
- Mereka menghadapi kekurangan daya dan keyakinan diri untuk membuat ucapan awam atau menyampaikan pidato yang berkualiti. Mereka bukan sahaja teragak-agak memberikan penjelasan malahan juga berani mengeluarkan isyarat tangan “kosong” di dahi apabila diajukan soalan yang mudah. Kemahiran berpidato ini amat penting dan kritikal memandangkan mereka merupakan pemimpin Pekak di politeknik dan juga dalam pergerakan Pekak pada masa depan.
- Mereka perlu dilatih untuk menjadi seorang yang tekun berfikir secara logikal, rasional, kritis dan kreatif. Hal ini dimestikan kerana mereka akan mendepani pelbagai konflik dalam komuniti Pekak dan juga masyarakat umum di alam kerjaya pada masa kelak. Mereka dituntut melakukan tindakan secara inovatif dalam usaha menyelesaikan setiap permasalahan dan mencapai keadaan menang-menang.
- Mereka perlu dibimbing dan disedarkan untuk membentuk gerakan atau badan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan pelajar Pekak politeknik. Dengan hal sedemikian, suara mereka dapat didengar oleh pihak kerajaan dan seterusnya diberikan apa-apa bantuan dan sokongan untuk menjalankan program dan kegiatan mereka.
Tanggungjawab terserah kepada mereka untuk mewarnakan masa depan dengan wawasan diri yang jelas ataupun menghitamkan masa depan dengan membutakan mata dan memekakkan telinga.
Syabas kepada Halimah dan semua pihak politeknik yang telah mengaturkan program yang begitu bermakna dan berfaedah kepada seluruh penuntut Pekak.
untuk MY GIFTED STUDENTS.....korang wajib baca nihhh, untuk maklumat lanjut sila layari http://www.amir-hamidi.name.my.....
Wednesday, 14 December 2011
Info dari DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN mengenai pemberian baucar RM200 kepada pelajar IPTA, IPTS dan Politeknik.
Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:
3.Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
1.Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
2.Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
3.Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.
4.Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.
5.Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
6.Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
7.Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.
8.Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi
Subscribe to:
Posts (Atom)
