Ustaz Mohd Kalam Mazad bin Abdul Rahman bersama tesisnya yang bertajuk 'Methodologi Pengajian Syariah Di MARSAH, Johor Bahru'.....ihsan dari JAKIM
Tahniah PTSS KHK HOTKAT ucapkan kepada Ustaz Mohd
Kalam Mazad bin Abdul Rahman; Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM
yang juga antara kakitangan Orang Kurang Upaya (OKU) JAKIM kerana telah
berjaya menamatkan Sarjana Syariah beliau dari Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya pada bulan November ini.
Kejayaan beliau menamatkan sarjana beliau
sekaligus melayakkan beliau untuk dianugerahkan Ijazah Sarjana Syariah
dalam Fiqh dan Usul di Universiti Malaya. Perkara ini bukan sahaja
membanggakan PTSS KHK HOTKAT tetapi turut menjadi inspirasi kepada semua
kakitangan PTSS KHK HOTKAT atas kegigihan beliau dalam meneruskan pembelajaran
sehingga ke tahap sarjana walaupun dimaklumi beliau kurang upaya kerana
cacat penglihatan. Beliau sebelum ini telah memperoleh Ijazah Sarjana
Muda dari Universiti yang sama dalam pengkhususan Syariah.
Ustaz Mohad Kalam Mazad telah berjaya
menyiapkan tesis beliau dengan tajuk 'Methodologi Pengajian Syariah' di
bawah seliaan Prof Madya Dr. Rahimin Afandi bin Hj Abdul Rahim;
Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau dijangka
akan bergelar graduan Sarjana pada Istiadat Konvokesyen Universiti
Malaya tahun hadapan. Tahniah PTSS KHK HOTKAT ucapkan. Semoga menjadi satu anjakan paradigma kepada pelajar KHK HOTKAT PTSS....
No comments:
Post a Comment