Temu duga sehari itu dianjurkan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dengan kerjasama Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) di Dewan Persatuan Bagi Orang-Orang Buta Malaysia (MAB) Brickfields.
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Mohd Asri Abdul Wahab, berkata program penyesuaian kerjaya itu dikhususkan untuk golongan OKU mendapatkan pekerjaan.
Mereka berhak menikmati kesamarataan dan majikan dinasihatkan memberi pertimbangan sewajarnya kerana OKU turut mempunyai kelebihan tersendiri, katanya pada sidang media di sini, semalam.
Mohd Asri berkata, golongan terbabit menyertai bengkel dalam kelas sebagai persediaan sebelum menghadiri temu duga.
Katanya, mereka diajar cara komunikasi berkesan, etika pemakaian dan meningkatkan keyakinan diri.
Kita akan menilai prestasi OKU yang diterima bekerja selepas tiga bulan bagi memastikan mereka kekal bertahan dalam kerjaya, katanya.
OKU lepasan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Luqman Hakim Tarmizi, 24, berkata peluang terbabit adalah pengiktirafan terhadap kemampuan mereka walaupun memiliki kekurangan fizikal.
Ini bukti kerajaan tidak meminggirkan masyarakat OKU seperti kami, malah dilayan sama seperti mereka yang sempurna sifatnya, katanya.
No comments:
Post a Comment