Wednesday, 26 February 2014

Karnival RTW Bantu 7,388 OKU Dapat Pekerjaan

KUALA LUMPUR – Karnival Pekerjaan Program Return To Work (RTW) anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjaya membantu seramai 7,388 golongan kurang upaya (OKU) kembali mendapatkan pekerjaan.
Perkeso dalam satu kenyataan itu, Karnival RTW yang bermula pada tahun 2007 itu bertujuan membantu golongan pekerja yang menjadi OKU selepas terlibat dalam kemalangan kembali memperoleh pekerjaan untuk menyara hidup.
“Sejak program Karnival RTW ini diperkenalkan dari tahun 2007 hingga September 2013, sebanyak 73,88 peserta yang mengikuti program ini berjaya kembali semula bekerja manakala 646 kes lagi dalam status carian pekerjaan .
“Program ini membantu OKU yang masih dalam proses carian pekerjaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan menerusi sesi temuduga terbuka yang diadakan oleh Perkeso,” kata kenyataan itu hari ini.
Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, Karnival TW satu program pengurusan hilang upaya menerusi konsep pengurusan kes yang disediakan oleh Perkeso kepada pekerja yang hilang upaya akibat kemalangan.
Tambah kenyataan itu, Karnival RTW yang seterusnya akan diadakan di Ruang Legar, Tingkat 2, Stesen KL Central di sini pada 19 Oktober ini bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang.
Kata kenyataan itu, seramai 30 buah majikan mengambil bahagian dalam karnival tersebut dengan menawarkan lebih 5,000 jawatan kosong.
Antara majikan yang mengambil bahagaian AEON Co. (M) Bhd, Alloy MTD Group of Companies, Bandar Utama City Centre Sdn Bhd, GD Exspress Sdn Bhd, Metro Parking Sdn Bhd, Padini Holding Bhd, Shangri La Hotel, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd dan Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment