Wednesday, 28 December 2011

MAKANAN KEGEMARAN KITER BERSAMA


makanan kegemaran kiter semua yang selalu dimakan tak mengira usia dari kita kecil hingga dewasa. Tak pasti berapa banyak dah kita makan MAGGI, diharap pelajar dapat mengurangkan pengambilan MAGGI dalam kehidupan seharian....boleh bayangkan dah banyak mana kite makan MAGGI dari sekolah sampai kita kerja...

Tuesday, 20 December 2011

Pelajar Pekak Politeknik dituntut membaiki diri

Oleh Amir Hamidi
25 November 2011
"Mereka tahu akan cara-cara untuk menarik perhatian seseorang yang disukai ataupun diminati. Mereka juga mengetahui jalan untuk mendapatkan telefon bimbit. Akhirnya mereka telah berjaya melakukan kedua-dua perkara tersebut. Namun demikian, mereka tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka mempunyai motivasi diri yang telah mendorong mereka berbuat sedemikian. Mereka tersilap mengertikan motivasi sebagai perkongsian ilmu dan hanya terdapat dalam program aktiviti".
Penulis membuat rumusan yang sedemikian sebaik sahaja menyelesaikan pengendalian salah satu sesi ceramah di Agrotek Garden Resort, Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor pada pagi tadi.
Ceramah itu merupakan sebahagian daripada program Team Building for Gifted Young Leaders Politeknik Malaysia yang dianjurkan oleh Politeknik Johor Bahru.
Ketibaan penulis yang diiringi oleh pemandu jabatan, Hairul Hazlim disambut oleh Halimah Tusa'diah binti Paimon, pensyarah pendidikan khas dan seterusnya dibawa bertemu dengan 67 orang pelajar Pekak yang mewakili kelima-lima politeknik dari Perak, Selangor, Johor, Perlis dan Sabah.
Menurut Halimah, kekurangan motivasi diri merupakan cabaran utama yang perlu ditangani memandangkan mereka merupakan pelajar institut pengajian tinggi yang dihendaki berdaya saing dan tidak lagi merupakan pelajar sekolah.
Penulis dijemput menyampaikan ceramah yang berkisar pada kefahaman mengenai motivasi diri, tanggungjawab penuntut Pekak dan strategi-strategi menetapkan matlamat dalam jangka masa panjang dan pendek.
Untuk mengukuhkan persembahan ceramah dan mengurangkan kejemuan para peserta, penulis memilih kedua-dua klip video yang mengisahkan kejayaan bangsa Pekak di negara ini dan luar negara terutamanya yang tidak berpendidikan tinggi.
Mereka benar-benar tertarik oleh kisah-kisah berbahasa isyarat yang ditayangkan dan menyatakan hasrat dan keazaman untuk melakukan perubahan terhadap minda dan diri mereka.
Melalui interaksi dan sesi soal jawab bersama mereka sepanjang ceramah itu, penulis berpendapat bahawa mereka perlu melakukan pembaikan dan penambahbaikan diri seperti yang diterangkan di bawah supaya mereka dapat menumpukan tenaga dengan betul untuk mengejar kejayaan.
  • Mereka hendaklah menyedari bahawa semangat, kemahiran, ilmu pengetahuan dan disiplin merupakan faktor utama yang menentukan keberkesanan usaha ke arah kejayaan. Mereka perlu memotivasikan diri sendiri tanpa paksaan dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh ilmu dan kemahiran, misalnya mengetahui teknik-teknik yang diajarkan dan mengingati pelbagai istilah dalam bidang teknikal di politeknik.
  • Mereka menghadapi kekurangan daya dan keyakinan diri untuk membuat ucapan awam atau menyampaikan pidato yang berkualiti. Mereka bukan sahaja teragak-agak memberikan penjelasan malahan juga berani mengeluarkan isyarat tangan “kosong” di dahi apabila diajukan soalan yang mudah. Kemahiran berpidato ini amat penting dan kritikal memandangkan mereka merupakan pemimpin Pekak di politeknik dan juga dalam pergerakan Pekak pada masa depan.
  • Mereka perlu dilatih untuk menjadi seorang yang tekun berfikir secara logikal, rasional, kritis dan kreatif. Hal ini dimestikan kerana mereka akan mendepani pelbagai konflik dalam komuniti Pekak dan juga masyarakat umum di alam kerjaya pada masa kelak. Mereka dituntut melakukan tindakan secara inovatif dalam usaha menyelesaikan setiap permasalahan dan mencapai keadaan menang-menang.
  • Mereka perlu dibimbing dan disedarkan untuk membentuk gerakan atau badan yang bertanggungjawab menjaga kepentingan pelajar Pekak politeknik. Dengan hal sedemikian, suara mereka dapat didengar oleh pihak kerajaan dan seterusnya diberikan apa-apa bantuan dan sokongan untuk menjalankan program dan kegiatan mereka.
Diharapkan agar mereka dapat mempelajari dan menghayati sesuatu yang baharu daripada semua penerangan dalam sesi ceramah penulis yang berlangsung selama dua jam.
Tanggungjawab terserah kepada mereka untuk mewarnakan masa depan dengan wawasan diri yang jelas ataupun menghitamkan masa depan dengan membutakan mata dan memekakkan telinga.
Syabas kepada Halimah dan semua pihak politeknik yang telah mengaturkan program yang begitu bermakna dan berfaedah kepada seluruh penuntut Pekak.

untuk MY GIFTED STUDENTS.....korang wajib baca nihhh, untuk maklumat lanjut sila layari http://www.amir-hamidi.name.my.....

Wednesday, 14 December 2011

Info dari DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN mengenai pemberian baucar RM200 kepada pelajar IPTA, IPTS dan Politeknik.

Kementerian Pengajian Tinggi ingin memaklumkan pelaksanaan pemberian baucar buku bernilai RM200 yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Pembentangan Bajet 2012 kepada pelajarIPTA, IPTS, Politeknik, Matrikulasi/Asasip Sains dan pelajar Tingkatan 6, seperti berikut:

1.Semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D,matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan termasuk pelajar diTingkatan 6 secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri pada Januari 2012 layak mendapat baucar buku bernilai RM200.
2.Pengagihan baucar buku kepada pelajar-pelajar dibuat melaluiIPTA, IPTS, Politeknik dan sekolah masing-masing dalam bulanJanuari 2012. Sila hubungi IPT dan sekolah masing-masing untuk untuk mengambil baucar berkenaan.
3.Semua IPT telah menyediakan senarai nama pelajar, bersertaNombor Kad Pengenalan dan Nombor Metrik / NomborPendaftaran mereka yang layak. Pelajar perlu memastikan nama, no. kad pengenalan dan cop IPT masing-masing diisikan padasetiap keping baucar yang bernilai RM50.00 setiap keping.

4.Baucar buku boleh ditebus di semua kedai buku yang menyertai program ini dan penyertaan kedai buku adalah terbuka kepada semua.

5.Baucar ini adalah untuk pembelian buku – buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;

6.Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.Tempoh masa sah laku baucar buku ini adalah selama tiga bulan mulai daripada 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

8.Pelajar tidak dibenarkan sama sekali menebus baucar buku ini dengan wang tunai.



Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin
Menteri Pengajian Tinggi

 

Wednesday, 30 November 2011

FRANKFURTER RAMLI HARAM


Surat yang baru diterima, untuk makluman pelajar KHK jangan ler makan HOTDOG / frankfurter di kedai2 burger dan kedai2 yang jual HOTDOG/ frankfurter nihhhhh

Kalau kedai tepi jalan jual HOTDOG nihhh, burger atau banjo yang dijual oleh kedai yang sama boleh makan ker????? Pada saya Frying Pan yang digunakan adalah sama...so mcm maner nak cakap yang lain tuhh HALAL????? TEPUK DADA TANYA SELERA???? nah lagi gamba yang boleh dikongsikan...

PELUANG KERJA UNTUK WARGA PELAJAR

Dalam menongkah arus kehidupan yang kian mencabar, pelajar KHK tidak boleh ketinggalan dalam membina karier dan menjadikan ia sebagai satu punca pendapatan di masa hadapan kelak. Para pelajar tidak boleh bergantung kepada duit SUMBANGAN @ ELAUN yang diberikan, persoalannya SAMPAI BILA???? para pelajar KHK sudah belajar di politeknik dan memperolehi pengetahuan yang luas berbanding rakan2 yang lain. Gunakan pengalaman belajar di POLITEKNIK sebagai satu bekalan untuk menempuhi alam pekerjaan.....
cuba lihat alamat disini, cuba hubungi mereka / sms / email
http://www.informasikerjaya.com/2011/08/peluang-kerjaya-untuk-orang-kurang.html

Saturday, 19 November 2011

SAMSUNG GALAXY NOTE

Salam Student semua, sementara menunggu letrik kembali di rumah saya....ternampak iklan nihh....gadget baru daripada samsung



benda yang baru untuk kite semua, harga saya masih belum pasti, mungkin pelajar boleh dapatkan di dalam forum-forum yang lain. Tapi yang pasti mesti mahal dari IPAD2 or Galaxy Tab(RM2200-2700)......teknologi baru untuk di eksplorasi, ade modal lebih boleh la beli...ok selamat bercuti semester....

Wednesday, 9 November 2011

INFO BARU UNTUK PELAJAR KHK....

Mengarah filem dengan bahasa isyarat


SET penggambaran filem pendek itu sangat berbeza daripada lokasi penggambaran biasa. Jika dalam penggambaran biasa, krew dan pelakon akan mendengar pengarah menjerit perkataan action, namun di set penggambaran yang satu itu pelakon dan krew perlu lebih sensitif menggunakan pancaindera mata.

Ini kerana untuk memulakan atau menghentikan penggambaran, perkataan action atau cut akan ditulis di atas sekeping kadbod berwarna putih.

Namun, itulah keistimewaan filem pendek yang terhasil nanti kerana ia bukan dari air tangan orang biasa. Ia hasil kreativiti dan imaginasi oleh pengarah yang mengalami kelainan upaya atau OKU pendengaran.

Demikian antara pengalaman yang dilalui oleh krew dan pelakon filem pendek The Park yang filem arahan pertama Anne Laura atau lebih selesa dikenali Loula, 40-an.

Siapa yang berminat boleh masuk pertandingan nihhh....






Untuk Maklumat lanjut para pelajar boleh rujuk pada surat Khabar KOSMO 10 November 2011...di atas merupakan PETIKAN dari KOSMO

Monday, 7 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA @ QURBAN


Menurut WIKIPEDIA....Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.







Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah

SELAMAT BERCUTI PELAJAR SEMUA....Jangan balik POLI tiket bas takder plak nanti

Friday, 28 October 2011

Apa itu Flairtending.....

Flairtending adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh bartender untuk menghiburkan tetamu dan penonton dengan menggunakan pelbagai alatan-alatan di bar seperti cocktail shaker.


Daniele Oribe King Of Flaire 2010


...sangat menarik dan mungkin para pelajar boleh belajar kebolehan ini. Mungkin bukan dengan air beralkohol tapi dengan air tanpa alkohol pun boleh. Kalau diberi peluang saya nak tubuhkan persatuan FLAIR di jabatan kite....mana tahu satu hari nanti kiter boleh bukak BAR yang menyajikan minuman tanpa alkohol pulakkkk

Sunday, 23 October 2011

Marco Simoncelli.....pelumba moto GP terkorban di SEPANG


Pelajar boleh lihat pelumba moto nombor 58 yang terkorban minggu lalu 23/10/11 di Sepang International Circuit. Beliau merupakan pelumba yang berumur 24tahun dan dipercayai bakal menjadi pelumba hebat seperti Valentino Rossi.


Inilah yang berlaku sebenarnya, bermula dengan Marco dihadapan yang gagal mengawal jentera beliau, lalu dua pelumba lain turut sama terlibat dalam kemalangan tersebut iaitu Valentino Rossi & Edward.......


Inilah pelumba yang terkorban di litar SIC, minggu lalu......berbangsa Itali dan kehilangan beliau amat dikesali kerana bakat beliau yang sedang menyinar padam tiba-tiba kerana satu yang tidak dijangka.....




Satu hal lagi yang menjadi tanda tanya ialah penonton telah berang kerana perlumbaan terpaksa dihentikan secara tiba-tiba di pusingan yang ketiga....mungkin mereka terlalu MARAH dengan perlumbaan yang dihentikan, namun SIKAP ini tidak menghalalkan cara.....walau apapun keadaannya ini telah memberi impak negatif kepada negara kita, KAWALAN EMOSI dan SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF harus diamalkan oleh para pelajar....JANGAN cepat melentingkan....siapa yang tengok gambar nihh mesti ingat penonton di MALAYSIA bad attitude kan.....itu saja dari RON arinihhh,berhati-hati dalam kehidupan harian k.....bismillah

Saturday, 22 October 2011

Apakah PARALIMPIK??????

Sukan Paralimpik merupakan temasya sukan tertinggi bagi sukan OKU seperti juga sukan bagi atlet normal. Sukan Paralimpik akan diadakan pada 29 Ogos hingga 9 September 2012 iaitu 2 minggu selepas berakhirnya Sukan Olimpik. Penganjuran Sukan Paralimpik adalah syarat wajib bagi negara-negara yang ingin membida untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik.

Sebanyak 21 jenis sukan yang dikategorikan sebagai sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Paralimpik. Kontinjen Negara pernah meraih 1 gangsa diraih oleh P.Mariapan pada tahun 1988 di Seoul. Pada tahun 1992 di Barcelona 1 perak dimenangi oleh Cheok Kon Fatt (Powerkifting) dan 2 gangsa dimenangi oleh P.Mariappan (Powerlifting) dan Mohd Khasseri Othman (Olahraga). Penantian selama 16 tahun berakhir dengan kejayaan Siow Lee Chan meraih 1 gangsa di Beijing pada tahun 2008 dari sukan Powerlifting. Antara sukan yang pernah melayakkan diri ke Sukan Paralimpik Beijing 2008 ialah olahraga, powerlifting, renang, memanah dan pelayaran.

Bagi mencapai kejayaan yang lebih gemilang di Sukan Paralimpik London, Cawangan Paralimpik akan melancarkan Program Gemilang Paralimpik 2012. Program yang pertama seumpanya bagi sukan OKU di Malaysia adalah bertujuan untuk merancang dan melaksanakan program latihan yang lebih tersusun dan bersistematik dengan mengambil kira pendekatan ilmu sains sukan agar mendapat hasil yang lebih membanggakan.

Beberapa jenis sukan akan diberikan tumpuan kerana berpotensi untuk melayakkan diri dan memenangi pingat di Sukan Paralimpik London 2012. Antara sukan yang diberikan penekanan adalah olahraga, renang, memanah, powerlifting, pelayaran dan pin pong.




salam dari RON buat kali nihhhh........lama tak balik umah, budak2 KHK2 jangan lupa baca buku kkkk

Sunday, 16 October 2011

BANGUNAN PALING TINGGI DI DUNIA BURJ KHALIFA

bangunan paling tinggi di dunia  setinggi 828 m (2,717 ft). Pembinaan bermula pada September 2004,dan secara rasmi bangunan telah dibuka pada  4 January 2010. Lokasi terletak di Dubai , United Arab Emirates dan terdapat sebuah hotel berada dalam bangunan tersebut sebanyak 304 buah bilik.....kalau ada rezeki tanam impian pelajar untuk kerja di HOTEL ARMANI nihhh.....harga bilik tuh dia

Special Nightly Rates

Accomodation 09May11-31May11 01Jun11-31Aug11
Deluxe One Bedroom Suite $1,500 $1,560
Panoramic Suite $1,990 $1,840
Two Bedroom Suite $3,220 $2,900


untuk lihat sila klik disini

Friday, 14 October 2011

JOM TENGOK FILEM

Salah satu cerita mengisahkan seorang INSAN ISTIMEWA yang berjuang dalam kerjaya beliau walaupun mempunyai kelemahan. Namun dia tidak menganggap itu sebagai KELEMAHAN tapi sebagai PELUANG untuk terus menjadi PENINJU terbaik.....salam perjuangan dari RON , tontonlah prebiu filem ini......

SIAPA NAK KERJA????

Banyak kerja yang sesuai mungkin untuk rakan-rakan pelajar yang tidak dapat peluang untuk belajar, minta rujuk alamat di bawah.....Salam Perjuangan dari RON
http://www.mfd.org.my/public/show_news.asp?l=EN&q=105

PENGAMBILAN PARA PELAJAR KHAS SESI DIS 2011

Makluman kepada para pelajar khas yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke politeknik sila rujuk alamat berikut untuk sesi pengajian DIS 2011.....kepada pelajar KHK tolong maklumkan kepada rakan-rakan yang berminat o.k....klik disini http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

Monday, 10 October 2011

Bajet 2012 untuk kita semua

Beberapa hari yang lalu penuh didada akhbar menceritakan isu BAJET 2012.Pelbagai tomahan dan pujian telah diperkatakan oleh masyarakat sekeliling. Untuk tidak ketinggalan pelajar KHK khususnya harus mengambil sedikit masa untuk melihat kesan BAJET 2012 kepada anda semua. bak kata pepatah REZEKI JANGAN DITOLAK MUSUH JANGAN DICARI.....salam dari RON jumpa lagi, klik sini untuk BAJET 2012

Saturday, 10 September 2011

RESTORAN KFC YG SAMA

satu lagi video berkenaan restoran KFC yang pertama diuruskan oleh rakan-rakan kita yang hebat. Cuba lihat video ini pelajar sekalian, kalau mereka boleh apatah lagi kamu yang telah banyak belajar di PTSS....salam dari RON buat kali ini....hayatilah video ini

Friday, 2 September 2011

IDOLA UNTUK PELAJAR TERUS BERJUANG

Antara Insan yang sangat LUAR BIASA....saya sendiri pun KAGUM dengan kebolehan mereka,


RAS ADIBA RADZI
Di Malaysia, ada banyak contoh insan yang sempurna, kala sedang meniti tangga kejayaan dalam kerjaya, ditimpa kemalangan yang membuatkan mereka terpaksa menghabiskan sisa-sisa hayat di atas kerusi roda. Antaranya ialah bekas penyampai berita TV3 yang glamor, Ras Adiba Radzi.


PROF. DATUK DR ISMAIL MD SALLEH
Kecemerlangan yang diciptanya telah menyakinkan kerajaan untuk melantik ilmuwan cacat penglihatan, Allahyarham Prof Datuk Dr. Ismail Md Salleh sebagai Anggota Dewan Negara pada 2007. Pelantikan itu melakar sejarah OKU pertama dilantik Senator.


MUHAMMAD ZHARIFF AFFANDI
Tarikh 24 April 2011 menyaksikan kecekalan Muhammad Zhariff Affandi, 29, menamatkan renangan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke pantai peranginan Kelulut dekat Marang, Terengganu. Kemampuan beliau memukau penduduk dan pengunjung yang menyaksikan pemuda yang kudung kedua-dua tangan itu bersaing hebat dengan peserta normal.
Pemuda itu yang menyertai Swimaton Antarabangsa Kapas-Marang 2011 bersama 264 peserta lain berjaya menamatkan renangan dalam masa 2 jam 46 minit dan 47 saat.






Kalau insan di atas ini boleh berjuang, RON percaya pelajar KHK pun mampu berjuang di luar sana....salam perjuangan dari RON , terima kasih kepada ROHANA MAN , rohana.man@utusan.com.my atas bingkisan ini....

Sunday, 14 August 2011

PELUANG PEKERJAAN DI KFC

satu video yang menarik nak dikongsikan bersama pelajar KHK dan juga pensyarah HOTKAT. Sistem yang digunakan sangat menarik, semua pekerja mereka menggunakan bahasa isyarat .....KAGUMMMM, mungkin satu hari MALAYSIA BOLEH menghasilkan restoran seperti ini....

Thursday, 14 July 2011

Program KHK

  • KHK sesi JUN 10 (1st Batch)
  • KHK sesi JAN 10 (2nd Batch)
  • KHK sesi DIS 10 (3rd batch)