Wednesday, 26 February 2014
Karnival Kerjaya Orang Kurang Upaya (OKU) MYDIN

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitu lah kehidupan yang dilalui oleh golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan juga ahli keluarga mereka. Diharapkan pihak swasta dan kerajaan boleh lebihkan peluang kerjaya dan latihan kepada golongan OKU supaya mereka boleh hidup berdikari tanpa membebani ahli keluarga mereka.

Setelah melawati Karnival Kerjaya OKU pada 2hb April di hypemarket Mydin Subang Jaya; saya lebih prihatin dan memahami golongan OKU. Sebenarnya mereka adalah insan yang tabah dalam mengharungi segala cabaran hidup, rajin, setia dan jujur. Sekiranya diberi peluang mereka ingin berkerja dan hidup berdikari. Jadi setiap manusia dan insan harus dihormati dan dilayan secara adil.
Mydin
dengan kerjasama JKM-JICA telah melancarkan Karnival Kerjaya khas buat golangan
OKU di semua cawangan Mydin. Ini adalah peluang kerjaya kepada OKU untuk
bekerja mengikut keupayaan mereka. MYDIN juga mengiktiraf golongan OKU yang
telah memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan dan kemajuan ekonomi
Negara.

MYDIN Prihatin dengan harapan agar dapat membuka mata masyarakat bahawa OKU sebenarnya adalah golongan yang setia, tekun, jujur, berdedikasi dan produktif. Dorongan kepada majikan–majikan yang lain untuk menggaji golongan OKU bekerja di dalam organisasi mereka.
MYDIN
telah menyediakan kemudahan–kemudahan seperti tempat letak kereta, kemudahan
ruang laluan dan tandas untuk OKU di sesetengah cawangan dan pejabat. Malahan,
Mydin berinisiatif untuk mempertingkatkan dan menambahbaikan lagi
kemudahan-kemudahan untuk OKU ini di semua cawangan MYDIN di seluruh negeri
untuk manfaat mereka.
Setakat ini MYDIN telah
mengambil dan melatih seramai 85 orang staf dari kalangan OKU. Ini termasuklah
19 staf (masalah pembelajaran) 43 (pekak & bisu) & 23 (cacat anggota)
yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang kini bertugas di beberapa cawangan
Mydin di seluruh Malaysia termasuk di Sabah & Sarawak. Mydin mensasarkan 2
ke 3 OKU ditempatkan di setiap cawangan MYDIN seluruh Malaysia.
Sepanjang tempoh pengambilan
staf OKU ini di Mydin, mereka akan diberikan perhatian yang khusus dalam
memastikan tugas yang diberikan bersesuaian dan tidak membebankan merekan dan
rakan setugas yang lainnya. Malahan, tiada perbezaan tangga gaji, pemberian
manfaat syarikat kepada staf dan kemudahan–kemudahan diantara staf normal dan
OKU. Keadaan ini mewujudkan agar semua staf Mydin terutamnya golongan OKU ini
berasa selesa bekerja dalam satu keluarga besar di MYDIN.
Karnival RTW Bantu 7,388 OKU Dapat Pekerjaan
KUALA LUMPUR – Karnival Pekerjaan
Program Return To Work (RTW) anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial
(Perkeso) berjaya membantu seramai 7,388 golongan kurang upaya (OKU)
kembali mendapatkan pekerjaan.
Perkeso dalam satu kenyataan itu,
Karnival RTW yang bermula pada tahun 2007 itu bertujuan membantu
golongan pekerja yang menjadi OKU selepas terlibat dalam kemalangan
kembali memperoleh pekerjaan untuk menyara hidup.
“Sejak program Karnival RTW ini
diperkenalkan dari tahun 2007 hingga September 2013, sebanyak 73,88
peserta yang mengikuti program ini berjaya kembali semula bekerja
manakala 646 kes lagi dalam status carian pekerjaan .
“Program ini membantu OKU yang masih
dalam proses carian pekerjaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan
menerusi sesi temuduga terbuka yang diadakan oleh Perkeso,” kata
kenyataan itu hari ini.
Mengulas lanjut, kata kenyataan itu,
Karnival TW satu program pengurusan hilang upaya menerusi konsep
pengurusan kes yang disediakan oleh Perkeso kepada pekerja yang hilang
upaya akibat kemalangan.
Tambah kenyataan itu, Karnival RTW yang
seterusnya akan diadakan di Ruang Legar, Tingkat 2, Stesen KL Central di
sini pada 19 Oktober ini bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang.
Kata kenyataan itu, seramai 30 buah
majikan mengambil bahagian dalam karnival tersebut dengan menawarkan
lebih 5,000 jawatan kosong.
Antara majikan yang mengambil bahagaian
AEON Co. (M) Bhd, Alloy MTD Group of Companies, Bandar Utama City Centre
Sdn Bhd, GD Exspress Sdn Bhd, Metro Parking Sdn Bhd, Padini Holding
Bhd, Shangri La Hotel, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd dan Mydin Mohamed
Holdings Sdn Bhd. – mynewshub.my
Peluang pekerjaan jaminan keselamatan sosial OKU
KOTA KINABALU: Pekerjaan merupakan satu-satunya jaminan keselamatan
sosial orang kurang upaya (OKU) kerana mereka tidak boleh
bergantungselama-lamanya kepada bantuan kerajaan, kata Menteri Sumber
Manusia Datuk SeriRichard Riot Jaem.
Justeru katanya, kerajaan amat menggalakkan majikan memberi peluang kepada OKU untuk bekerja mengikut kemampuan dan kemahiran masing-masing.
Kerajaan sendiri tidak pernah mengabaikan OKU malah sentiasa berusaha membela mereka termasuk memberi pelbagai latihan bagi membolehkan merekaberdikari, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Terdahulu beliau merasmikan Seminar ‘Trade Union Training on Leadership and Raconteur’ (Tutelar) 2013 yang dihadiri oleh lebih 200 pemimpin daripada 40kesatuan sekerja di Sabah.
Mengulas lanjut, Riot berkata usaha Malaysia membela OKU terutama menerusi program ‘Return To Work’ (RTW) mendapat pujian komuniti antarabangsa di SeminarAntarabangsa Jaminan Keselamatan Sosial di Doha, Qatar baru-baru ini keranaMalaysia melaksanakan sesuatu yang tidak dibuat oleh negara lain.
Melalui RTW, pekerja normal yang bergelar OKU selepas kemalangan diberi pemulihan dan dibantu mendapat pekerjaan yang bersesuaian, katanya. — Bernama

1,754 OKU bekerja di sektor awam
Kuala Lumpur: Bilangan orang kurang upaya (OKU) bekerja di sektor awam
meningkat kepada 1,754 orang setakat Disember lalu berbanding 1,294 pada
2009.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata peningkatan itu berikutan kajian semula dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam sektor awam bagi OKU pada 2010, termasuk tindakan lebih efektif bagi memastikan pelaksanaan dasar yang lebih berkesan.
Katanya, kerajaan memperkenal dasar itu pada 1988 bagi membantu golongan OKU yang berkelayakan, bekerja dan memegang jawatan sesuai dalam sektor awam.
Sistem Penempatan OKU
“Selain itu, Jabatan Buruh memperkenalkan pendaftaran pekerjaan secara dalam talian dan sistem padanan yang dikenali sebagai Sistem Penempatan OKU bagi sektor swasta. Sejak diperkenal pada 1990, sejumlah 13,339 OKU berdaftar dan 9,074 orang berjaya ditempatkan untuk bekerja di sektor itu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung Mengenai Kesedaran Matlamat Pembangunan Milenium dan Lain-Lain Matlamat Pembangunan yang Dipersetujui Bersama di Peringkat Antarabangsa bagi OKU di New York, Isnin lalu. Kenyataan itu diedar kepada media di sini, kelmarin.
Terus perkasa ekonomi
Rohani berkata, kerajaan akan terus memperkasa ekonomi golongan OKU melalui program berkaitan bagi mempertingkatkan taraf hidup mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan geran pelancaran maksimum sebanyak RM2,700 untuk menggalakkan OKU menceburi bidang perniagaan.
Mengikut statistik dari 2007 hingga tahun lalu, katanya, seramai 1,027 OKU mendapat manfaat daripada geran terbabit.
“Sejumlah 914 OKU pula menerima bantuan melalui Skim Galakan Bantuan Perniagaan bagi OKU oleh Kementerian Sumber Manusia dan berjaya mencipta peluang pekerjaan untuk 1,597 OKU,” katanya. - BERNAMA

Subscribe to:
Posts (Atom)