Mengarah filem dengan bahasa isyarat
SET penggambaran filem pendek itu sangat berbeza daripada lokasi penggambaran biasa. Jika dalam penggambaran biasa, krew dan pelakon akan mendengar pengarah menjerit perkataan action, namun di set penggambaran yang satu itu pelakon dan krew perlu lebih sensitif menggunakan pancaindera mata.
Ini kerana untuk memulakan atau menghentikan penggambaran, perkataan action atau cut akan ditulis di atas sekeping kadbod berwarna putih.
Namun, itulah keistimewaan filem pendek yang terhasil nanti kerana ia bukan dari air tangan orang biasa. Ia hasil kreativiti dan imaginasi oleh pengarah yang mengalami kelainan upaya atau OKU pendengaran.
Demikian antara pengalaman yang dilalui oleh krew dan pelakon filem pendek The Park yang filem arahan pertama Anne Laura atau lebih selesa dikenali Loula, 40-an.
Siapa yang berminat boleh masuk pertandingan nihhh....
Untuk Maklumat lanjut para pelajar boleh rujuk pada surat Khabar KOSMO 10 November 2011...di atas merupakan PETIKAN dari KOSMO


No comments:
Post a Comment