Saturday, 10 September 2011

RESTORAN KFC YG SAMA

satu lagi video berkenaan restoran KFC yang pertama diuruskan oleh rakan-rakan kita yang hebat. Cuba lihat video ini pelajar sekalian, kalau mereka boleh apatah lagi kamu yang telah banyak belajar di PTSS....salam dari RON buat kali ini....hayatilah video ini

Friday, 2 September 2011

IDOLA UNTUK PELAJAR TERUS BERJUANG

Antara Insan yang sangat LUAR BIASA....saya sendiri pun KAGUM dengan kebolehan mereka,


RAS ADIBA RADZI
Di Malaysia, ada banyak contoh insan yang sempurna, kala sedang meniti tangga kejayaan dalam kerjaya, ditimpa kemalangan yang membuatkan mereka terpaksa menghabiskan sisa-sisa hayat di atas kerusi roda. Antaranya ialah bekas penyampai berita TV3 yang glamor, Ras Adiba Radzi.


PROF. DATUK DR ISMAIL MD SALLEH
Kecemerlangan yang diciptanya telah menyakinkan kerajaan untuk melantik ilmuwan cacat penglihatan, Allahyarham Prof Datuk Dr. Ismail Md Salleh sebagai Anggota Dewan Negara pada 2007. Pelantikan itu melakar sejarah OKU pertama dilantik Senator.


MUHAMMAD ZHARIFF AFFANDI
Tarikh 24 April 2011 menyaksikan kecekalan Muhammad Zhariff Affandi, 29, menamatkan renangan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke pantai peranginan Kelulut dekat Marang, Terengganu. Kemampuan beliau memukau penduduk dan pengunjung yang menyaksikan pemuda yang kudung kedua-dua tangan itu bersaing hebat dengan peserta normal.
Pemuda itu yang menyertai Swimaton Antarabangsa Kapas-Marang 2011 bersama 264 peserta lain berjaya menamatkan renangan dalam masa 2 jam 46 minit dan 47 saat.






Kalau insan di atas ini boleh berjuang, RON percaya pelajar KHK pun mampu berjuang di luar sana....salam perjuangan dari RON , terima kasih kepada ROHANA MAN , rohana.man@utusan.com.my atas bingkisan ini....

Sunday, 14 August 2011

PELUANG PEKERJAAN DI KFC

satu video yang menarik nak dikongsikan bersama pelajar KHK dan juga pensyarah HOTKAT. Sistem yang digunakan sangat menarik, semua pekerja mereka menggunakan bahasa isyarat .....KAGUMMMM, mungkin satu hari MALAYSIA BOLEH menghasilkan restoran seperti ini....

Thursday, 14 July 2011

Program KHK

  • KHK sesi JUN 10 (1st Batch)
  • KHK sesi JAN 10 (2nd Batch)
  • KHK sesi DIS 10 (3rd batch)