Banyak kerja yang sesuai mungkin untuk rakan-rakan pelajar yang tidak dapat peluang untuk belajar, minta rujuk alamat di bawah.....Salam Perjuangan dari RON
http://www.mfd.org.my/public/show_news.asp?l=EN&q=105
Friday, 14 October 2011
PENGAMBILAN PARA PELAJAR KHAS SESI DIS 2011
Makluman kepada para pelajar khas yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke politeknik sila rujuk alamat berikut untuk sesi pengajian DIS 2011.....kepada pelajar KHK tolong maklumkan kepada rakan-rakan yang berminat o.k....klik disini http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp
Monday, 10 October 2011
Bajet 2012 untuk kita semua
Beberapa hari yang lalu penuh didada akhbar menceritakan isu BAJET 2012.Pelbagai tomahan dan pujian telah diperkatakan oleh masyarakat sekeliling. Untuk tidak ketinggalan pelajar KHK khususnya harus mengambil sedikit masa untuk melihat kesan BAJET 2012 kepada anda semua. bak kata pepatah REZEKI JANGAN DITOLAK MUSUH JANGAN DICARI.....salam dari RON jumpa lagi, klik sini untuk BAJET 2012
Saturday, 10 September 2011
RESTORAN KFC YG SAMA
satu lagi video berkenaan restoran KFC yang pertama diuruskan oleh rakan-rakan kita yang hebat. Cuba lihat video ini pelajar sekalian, kalau mereka boleh apatah lagi kamu yang telah banyak belajar di PTSS....salam dari RON buat kali ini....hayatilah video ini
Friday, 2 September 2011
IDOLA UNTUK PELAJAR TERUS BERJUANG
Antara Insan yang sangat LUAR BIASA....saya sendiri pun KAGUM dengan kebolehan mereka,
Pemuda itu yang menyertai Swimaton Antarabangsa Kapas-Marang 2011 bersama 264 peserta lain berjaya menamatkan renangan dalam masa 2 jam 46 minit dan 47 saat.
Kalau insan di atas ini boleh berjuang, RON percaya pelajar KHK pun mampu berjuang di luar sana....salam perjuangan dari RON , terima kasih kepada ROHANA MAN , rohana.man@utusan.com.my atas bingkisan ini....
RAS ADIBA RADZI
Di Malaysia, ada banyak contoh insan yang sempurna, kala sedang meniti tangga kejayaan dalam kerjaya, ditimpa kemalangan yang membuatkan mereka terpaksa menghabiskan sisa-sisa hayat di atas kerusi roda. Antaranya ialah bekas penyampai berita TV3 yang glamor, Ras Adiba Radzi.PROF. DATUK DR ISMAIL MD SALLEH
Kecemerlangan yang diciptanya telah menyakinkan kerajaan untuk melantik ilmuwan cacat penglihatan, Allahyarham Prof Datuk Dr. Ismail Md Salleh sebagai Anggota Dewan Negara pada 2007. Pelantikan itu melakar sejarah OKU pertama dilantik Senator.MUHAMMAD ZHARIFF AFFANDI
Tarikh 24 April 2011 menyaksikan kecekalan Muhammad Zhariff Affandi, 29, menamatkan renangan sejauh 6.5 kilometer dari Pulau Kapas ke pantai peranginan Kelulut dekat Marang, Terengganu. Kemampuan beliau memukau penduduk dan pengunjung yang menyaksikan pemuda yang kudung kedua-dua tangan itu bersaing hebat dengan peserta normal.Pemuda itu yang menyertai Swimaton Antarabangsa Kapas-Marang 2011 bersama 264 peserta lain berjaya menamatkan renangan dalam masa 2 jam 46 minit dan 47 saat.
Kalau insan di atas ini boleh berjuang, RON percaya pelajar KHK pun mampu berjuang di luar sana....salam perjuangan dari RON , terima kasih kepada ROHANA MAN , rohana.man@utusan.com.my atas bingkisan ini....
Subscribe to:
Posts (Atom)
